Tuesday, October 20, 2009

Dapatkan Dipasaran Pada Januari 2010

Buku Panduan Orkestra untuk guru-guru dan pelajar. mengandungi skor-skor lagu melayu tradisional untuk latihan orkestra. pertama di malaysia. buku ini adalah hasil kajian projek thesis master saya di UPSI. kompilasi gubahan lagu-lagu yang mudah dan simple serta boleh diolah semula mengikut kreativiti guru dalam latihan mereka.

halaman:  60 mukasurat
terbitan: MPH
harga: RM59.90



KESIGNIFIKAN PROJEK


Ihsan Dari:  www.naxos.com

KESIGNIFIKAN  PROJEK

Terdapat banyak sumber yang berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik instrumental boleh didapati di pasaran seperti ‘Band Method Book’ yang dikeluarkan oleh beberapa tokoh-tokoh muzik atau ‘instructor band’ terkenal, namun demikian apa yang cuba ditekankan di sini ialah tentang kaedah-kaedah pembelajaran dan pengajaran tambahan yang boleh diguna  pakai bagi menambahkan lagi keberkesanan di dalam  proses mengendalikan latihan pasukan pancaragam atau wind orkestra. Ini di antaranya difikirkan ia boleh memberi keberkesanan iaitu dengan menghasilkan satu set gubahan lagu-lagu rakyat tempatan.

Penghasilan buku ini diharapkan dapat membantu guru-guru pancaragam untuk diguna pakai dalam latihan-latihan muzik pancaragam yang dikendalikannya. Justeru ia dapat memupuk pelajar dalam mencintai warisan budaya bangsanya. Selain dari itu, pelajar akan lebih mudah menghayati elemen-elemen muzik yang serasi dengan jiwanya dan dengan secara tidak langsung akan dapat memberi keberkesanan dalam proses pembelajaran  dan memupuk keyakinan diri terhadap apa yang sedang dipelajari oleh mereka.

Tujuan Kajian Projek


Ihsan Dari: www.ilovereview.com (Asimo-Robo)

Tujuan utama projek ini adalah untuk membina atau membangunkan set  Gubahan Lagu Tempatan Untuk Latihan Asas Pancaragam.

Secara khususnya objektif projek ini adalah seperti berikut.

i)    menyediakan satu buku yang mengandungi skor-skor lagu untuk digunakan dalam latihan pasukan pancaragam atau wind orkestra sekolah.
ii)    Buku ini merupakan sebagai bahan tambahan kepada buku-buku  method band yang sedia ada.
iii)    Skor-skor lagu yang terdapat dalam buku ini boleh digunakan sebagai bahan altenatif menggantikan skor lagu yang terdapat dalam band method book.
iv)    Skor-skor lagu yang digubah adalah terdiri dari lagu-lagu rakyat tempatan.

Faktor kelemahan dalam Orkestra part 2


Ihsan Dari: www.rhettsmith.com 

1.2.3    Artikulasi
Masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakan ensembel instrumental ialah teknik atau penghasilan artikulasi yang betul. Artikulasi  memberi kesan kepada kualiti ton, kelancaran irama, keseimbangan, kesepaduan bunyi, intonasi dan berbagai aspek berkaitan dengan kemurnian dan keharmonian muzik yang dipersembahkan.

1.2.4    Dinamik
Ketepatan dinamik adalah sesuatu yang subjektif dalampersembahan ensembel muzik. Aras dinamik tidak boleh dikurangkan pada sesuatu ukuran desibel ( kekuatan bunyi ) kerana ianya berkaitan dengan kebolehan menginterpretasi skor, kemahuan jurulatih dan mood sesuatu lagu. Selalunya masalah yang timbul kerana pemain tidak dapat merasai kekuatan sebenarnya sesuatu dinamik seperti piano (p) atau forte (f) . Semuanya ditentukan oleh berbagai aspek seperti peralatan yang digunakan, register, style, pencipta, zaman, kawalan bunyi daripada pemain, kehendak konduktor dan citarasa seseorang. Kegagalan pemain mengamati tanda dinamik yang ditulis akan memberi kesan pada bunyi  atau kemerduan sesuatu lagu dan sudah pasti kekurangan warna atau kecantikan kepada lagu yang dipersembahkan
.
Masalah ekspresi sering berlaku kepada pelajar yang kurang pengalaman muzik dan kurang diberi pendedahan oleh jurulatih mengenai kehendak atau karektor muzik yang ingin dihasilkan. Mereka gagal menterjemahkan karektor-karektor yang ditulis dalam skor kepada bunyi yang bermakna seperti mood lagu, kualiti ton, ketepatan irama, keseimbangan, intonasi, dinamik, frasa lagu dan berbagai aspek estetika yang terkandung  didalam lagu tersebut. ( Middleton, James, et. all,1998 )

1.2.6    Ton
Kualiti ton yang dihasilkan oleh sesebuah ensembel memberi kesan pada bunyi lagu yang dimainkan. Terdapat pelajar-pelajar yang tidak dapat menghasilkan ton yang berkualiti seperti bermain terlalu kuat dalam ensembel atau sering bermain diluar piawaian pic atau sumbang, ton yang kasar dan keras. Masalah ton adalah perkara yang sering berlaku dalam kebanyakan ensembel instrumental yang kurang mahir. Kualiti ton yang baik dihasilkan dengan kombinasi seluruh pemain secara kolektif.

Kualiti ton ditentukan oleh;
i.     Kualiti dan keadaan fizikal setiap alat muzik.
ii.     Konsep ton yang terdapat dalam pemikiran dan persepsi pelajar.
iii.     Pembentukkan  embouchure.
iv.    Kawalan pernafasan.

1.2.7    Harmoni (Tuning)
Kebanyakan pelajar kurang memahami harmoni dan peranan atau karektor bagi setiap alat untuk menghasilkan pic yang tepat, keseimbangan dan harmoni yang bermutu. Terdapat juga pelajar yang tidak memahami keseimbangan di antara melodi, kaunter melodi dan pergerakan kord dalam lagu.  Masalah ini dapat diatasi dengan berbagai kaedah dan latihan yang perlu diberi kepada pelajar agar mereka dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan memahami pergerakan harmonik yang terdapat dalam lagu. Asas yang palin penting ialah dapat meniun alat muzik dengan tepat sesbelum memulakan latihan secara ensembel.

Faktor kelemahan dalam Orkestra


Ihsan dari:www.luciebooker.com

Beberapa pecahan-pecahan eleman muzik yang menjadi faktor  yang menyumbang kepada masalah penghasilan sesebuah persembahan bermutu yang sering dihadapi di dalam pasukan pancaragam.  (James Middleton, Harry Haines, Gary Garner, 1998)

1.2.2    Irama

a)    Pertukaran not-not pendek.
Kebanyakan pelajar yang kurang pengalaman sering memendekkan not semasa menukar kepada not-not lain. Contohnya nilai untuk not krocet atau minim tidak dimainkan dengan cukup. Keadaan ini disebabkan oleh teknik pernafasan yang tidak betul atau tidak memahami kepentingan meniup not mengikut nilainya yang betul atau tidak berhati-hati semasa bermain.

b)    Kuaver bertitik -  corak irama semikuaever.
Masalah yang sering berlaku ialah corak irama dalam meter 2/4 atau 4/4 bila terdapat corak irama kuaver bertitik ataupun semikuaver ujud dalam skor. Pelajar sering meniup dengan nilai dan irama not yang salah. Oleh itu keseragaman corak irama tidak berlaku dan menghasilkan melodi atau muzik yang tidak seragam dari aspek irama.
Terdapat juga masalah irama jika not kuaver dan semi kuaver yang ditulis dan dimainkan dalam tempo yang cepat. Kecenderungan pelajar ialah mereka sering bermain dengan cepat dan menghasilkan bunyi irama yang tidak tepat seperti yang ditulis. 

c)    Sinkopasi.
Bermain lagu yang mempunyai banyak sinkopasi adalah masalah utama pelajar untuk mendapatkan ketepatan irama seperti yang ditulis dalam skor. Satu kaedah yang digunakan untuk mendapat ketepatan irama sinkopasi ialah melatih pelajar menyebut dan menepuk irama pada keratan-keratan irama yang terdapat sinkopasi. Ianya membantu pelajar mencapai tahap ketepatan irama yang diperlukan seperti mana yang ditulis dalam skor.

d)    Triplet.
Ramai pelajar yang menghadapi masalah not triplet bila mereka tidak menyangka irama ini terdapat dalam meter duaan seperti 2/4, 4/4, atau 2/2. Masalah not triplet yang rumit sering berlaku jika jeda antara not tersebut sukar dimainkan. Selalunya dua not pertama dimainkan lebih cepat dan memaksa mereka memanjangkan bunyi not ketiga lebih daripada yang ditulis

e)    Tied Notes.
Ramai pelajar yang kurang pengalaman akan merasa ragu dengan irama yang mempunyai tied notes. Hasilnya not yang dimainkan selepas tied notes lambat dan irama tidak tepat. Masalah ini sering berlaku dalam keratan melodi yang tempo perlahan dimana kecenderungan pelajar  menarik nafas semasa tied notes.

f)    Skel
Kesalahan atau masalah yang sering berlaku semasa bermain lagu dalam berbagai skel. Pelajar sering melakukan kesalahan semasa bermain not-not yang ada slur dan cenderung untuk bermain cepat atau lambat jika terdapat not-not yang sukar penjariannya. Selain daripada itu pelajar juga menghadapi  masalah kordinasi di antara penjarian dan penglidahan. Jika kordinasi tidak lancar maka irama yang dihasilkan juga tidak lancar dan tidak tepat. ( Richard J. Colwell & Thomas Goolsby,1998 )

g)    Pemberatan nilai not atau ton.
Menghasilkan  ton yang tidak sama pemberatan bunyi walaupun irama atau pemberatannya ditulis sama, akan tetapi pelajar bermain irama yang tidak sama seperti yang ditulis. Kadang kala irama yang ditulis sama pemberatan bunyinya tetapi pelajar membuat kesalahan dengan membunyikan satu not lebih panjang daripada not yang lain sedangkan irama yang betul perlu dimainkan semestinya sama rata bunyi dan nilainya.
  
1.2.2    Teknik Instrumental
Tiga sebab utama masalah teknik tiupan yang memberi kesan terhadap ton dan irama ialah;.
a.     Pembentukan mulut (embouchure) yang tidak betul.
b.     Teknik penjarian yang salah.
c.     Kekurangan masa latihan diberikan untuk mencapai keseragaman stail.


Aspek diambil kira dalam gubahan


 Ihsan dari: www.dubuquesymphony.org

Justeru, bagi projek pembinaan set gubahan lagu untuk pancaragam ini beberapa kriteria telah diambil kira supaya ia dapat memberi keberkesanan dan seterusnya menghasilkan sebuah pancaragam yang bermutu.
  • renj
  • tanda nada
  • tanda masa
  • bilangan bar
  • irama
  • dinamik

Guide: Penubuhan Pancaragam (part 1)


Ihsan dari: infovisual.com
Pengenalan
Bagi menghasilkan sebuah pasukan wind orkestra yang baik iaitu dari segi penghasilan sebuah persembahan yang bermutu tinggi, beberapa faktor-faktor kerja harus dirancang dan diambil tindakan oleh seorang guru muzik ataupun oleh seorang jurulatih pancaragam. Antara faktor-faktor utama yang lazimnya dibuat ialah seperti  latihan teknik permainan alat muzik yang sistematik, kesesuaian penggunaan buku kaedah pancaragam dan sistem pengurusan yang baik dan berkesan.

Selain daripada kerja-kerja pentadbiran seperti penjagaan dan pemuliharaan
                alat-alat muzik, guru pancaragam turut untuk merancang satu program latihan
             yang sistematik, berkesan dan menyeluruh….
                                                                                         ( Zaharul Lailiddin Saidon, 2007)

Penggunaan buku kaedah teknik bermain alat muzik merupakan salah satu cara yang sering digunakan oleh seorang jurulatih pancaragam bagi mencapai objektifnya untuk memahirkan ahli pancaragam atau wind orchestra dalam menguasai permainan alat muzik. Dalam kandungan buku tersebut terdapat beberapa item muzikal yang penting seperti skor gubahan lagu-lagu tradisional barat (folk song), latihan irama, teori-teori notasi muzik, penghasilan dinamik, latihan permainan alat muzik secara individu dan secara ensembel. Kini terdapat berbagai buku kaedah yang sering digunakan oleh guru dan jurulatih pancaragam di Malaysia seperti ‘Standard Of Excellent’, ‘Yamaha Band Student Book’, ‘Belwin 21st Century Band Method Book’ , Rubank Elementary Method’ dan sebagainya.

Mutu persembahan sesebuah pancaragam atau wind orchestra selalunya dapat dinilai melalui beberapa aktiviti-aktiviti seperti pertandingan-pertandingan yang disertainya. Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini, kita boleh melihat dan menilai mana pasukan yang baik mutu persembahannya atau sebaliknya. Jelas sekali pasukan yang menunjukkan persembahan yang bermutu tinggi itu mempunyai sejarah serta pengurusan pengendalian yang baik disamping kaedah-kaedah pengajaran teknikal yang diguna pakai sepanjang latihan yang dilaluinya.

Bagi pelajar pula, untuk meningkatkan kemahirannya dalam permainan alat muzik, pelajar tersebut harus mengetahui dan seterusnya menguasai beberapa aspek yang berkaitan dengan elemen-elemen yang terdapat dalam muzik iaitu seperti irama, ekspresi, dinamik, artikulasi, penghasilan ton, harmoni dan penghayatan sesebuah lagu. Adalah difikirkan ia lebih bersesuaian dengan pelajar di Malaysia di mana mereka mampu akan menguasai elemen-elemen tersebut melalui latihan yang menggunakan gubahan lagu-lagu rakyat tempatan jika dibandingkan dengan lagu-lagu rakyat (folk song) dari barat.

lagu rakyat dan tradisional ialah bahan asas kepunyaan rakyat, identiti adalah kepunyaan sesebuah negara, memepunyai nilai estetik yang tinggi dan bahan di dalam bahasa ibunda yang mudah difahami oleh kanak-kanak...(Zoltan Kodaly,1995)

Adalah menjadi keutamaan kepada seseorang guru muzik untuk merangka dan menyusun strategi-strategi pembelajaran untuk pelajarnya yang merangkumi segala aspek-aspek yang berkaitan dengan sistem pengurusan yang baik, kaedah penyusunan latihan yang sistematik dan berkualiti termasuk dari segi input elemen-elemen muzikalnya

SMSAH - FINALE ORCHESTRA 2009 (DANSE DIABOLIQUE

SMSAH Alvamar Overture 2004

.:Downloads Available:.

Umum
Panduan Penubuhan Orkestra Band(PaperWork)
Buku Panduan Orkestra (sreenshot)
Sibelius Softwares
Sound Forge -Audio Editing Pro
Audio To Midi Converter
Orhestral Instruments & Prices list
Skor Lagu tradisional /Rakyat
Jong-Jong Inai (part 1)
Lenggang Mak Limah
Anok Udang

Puteri Santubong
Skor Lagu-lagu P. Ramlee
Getaran Jiwa
Rindu Lukisan
Anak Ku Sazali ·
Azizah ·

Bahasa Cinta ·
Barang Yang Lepas ·
Berkorban Apa Saja ·
Bulan Dipagar Bintang
Skor Lagu Inggeris
Diabolique

SBP Wind Orchestra SMSAH Danse Diabolique may 2008

SMSAH Band

.:Disclaimer:.

Reminder:
Please be aware that Satu Gubahan Lagu accepts no responsibility for the materials you are downloading. The same applies to the information provided about in the lists, as the infos owners can modify it without notifying us. Even if we try to check the files for viruses ourselves, we cannot guarantee 100% that they are clean. For your own protection ALWAYS check downloaded files for viruses.

Perhatian:
Blog ini tidak akan dipertanggungjawabkan liabiliti keatas mana-mana material dan informasi yang dipaparkan dan skor-skor adalah hak milik pemilik blog. pastikan sebelum memuatturun material ini, anda SENTIASA semak perlindungan komputer anda dari virus.