Thursday, September 10, 2009

Orkestra Tradisional Malaysia


SEIRING dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Istana Budaya (IB) bersama-sama Orkestra Tradisional Malaysia mempersembahkan Konsert 1Malaysia.

Atas saranan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang turut menjadi nadi kepada kewujudan kepada orkestra berkenaan, konsert yang sedang dirancang ini juga turut mendapat dokongan daripada menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dalam sidang media yang diadakan serentak dengan Teater Natrah sebelum umat Islam menyambut Ramadan, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, konsert yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, IB ini akan menggabungkan kepelbagaian alat muzik warisan setiap kaum.


“Bukan setakat kaum utama di negara kita saja, malah ia termasuk etnik suku kaum dari Sabah dan Sarawak. Kita ada erhu, tabla, gamelan dan macam-macam lagi yang terus menjadi penyambung tradisi. Seramai 86 pemuzik akan menghidupkan orkestra ini.


“Lagu-lagu yang akan dimainkan juga akan digubah secara simfoni. Apa yang dilakukan ini sebagai usaha untuk menaikkan taraf pemuzik tradisional, malah untuk terus menyemarakkan ke peringkat antarabangsa. Konsert ini diharap dapat mengangkat martabat seni dan budaya ke serata dunia.

“Muzik yang akan berkumandang kelak bukan hanya terbatas kepada genre tradisional. Malah, orkestra ini juga akan menonjolkan jalur muzik lain demi variasi. Pada masa yang sama, lagu rasmi 1Malaysia turut akan dimainkan menandakan simbolik kepada konsert ini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

SMSAH - FINALE ORCHESTRA 2009 (DANSE DIABOLIQUE

SMSAH Alvamar Overture 2004

.:Downloads Available:.

Umum
Panduan Penubuhan Orkestra Band(PaperWork)
Buku Panduan Orkestra (sreenshot)
Sibelius Softwares
Sound Forge -Audio Editing Pro
Audio To Midi Converter
Orhestral Instruments & Prices list
Skor Lagu tradisional /Rakyat
Jong-Jong Inai (part 1)
Lenggang Mak Limah
Anok Udang

Puteri Santubong
Skor Lagu-lagu P. Ramlee
Getaran Jiwa
Rindu Lukisan
Anak Ku Sazali ·
Azizah ·

Bahasa Cinta ·
Barang Yang Lepas ·
Berkorban Apa Saja ·
Bulan Dipagar Bintang
Skor Lagu Inggeris
Diabolique

SBP Wind Orchestra SMSAH Danse Diabolique may 2008

SMSAH Band

.:Disclaimer:.

Reminder:
Please be aware that Satu Gubahan Lagu accepts no responsibility for the materials you are downloading. The same applies to the information provided about in the lists, as the infos owners can modify it without notifying us. Even if we try to check the files for viruses ourselves, we cannot guarantee 100% that they are clean. For your own protection ALWAYS check downloaded files for viruses.

Perhatian:
Blog ini tidak akan dipertanggungjawabkan liabiliti keatas mana-mana material dan informasi yang dipaparkan dan skor-skor adalah hak milik pemilik blog. pastikan sebelum memuatturun material ini, anda SENTIASA semak perlindungan komputer anda dari virus.