Thursday, October 8, 2009

Satu gubahan lagu



1.2 PERNYATAAN MASALAH

Penglibatan pelajar menengah dalam pasukan wind orkestra sekolah dilihat amat menggalakkan pada masa sekarang terutamanya di sekolah berasrama penuh. Pada tahun 2009, terdapat sebanyak 24 buah pasukan wind orkestra telah menyertai pertandingan Wind Orkestra antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster berbanding dengan hanya 7 pasukan yang bertanding dalam pertandingan yang sama pada tahun 2000. Namun begitu, didapati tahap persembahan sebahagian besar dari pasukan yang bertanding masih belum mencapai tahap yang diharapkan. (Laporan Juri Pengadil Pertandingan Wind Orkestra, 2009).

Rata-rata guru muzik yang baru berkecimpung dalam bidang kejurulatihan pancaragam tidak mampu menyediakan bahan pengajaran dan pembelajarannya sendiri. Kebanyakan guru-guru mengambil jalan selamat dengan menggunakan ‘method book’ yang terdapat di pasaran. Kelebihan menggunakan ‘method book’ ini memang tidak dapat disangkal akan keberkesanaannya kerana ianya telah banyak membantu jurulatih-jurulatih pancaragam selama ini. (Zaharul Lailiddin Saidon, 2007)

Namun demikian kelemahan buku method book ialah ianya ditulis oleh penggubah dari barat dan menggunakan lagu-lagu gubahan yang berunsurkan lagu rakyat dari barat . Penggunaan lagu-lagu folk song ini juga adalah berdasarkan kepada falsafah dan kaedah yang telah digunakan oleh Zoltan Kodaly.

Walaupun perkara ini tidak menimbulkan masalah dan menjadi halangan utama tetapi ianya tidak menepati hasrat untuk memupuk minat terhadap warisan muzik tempatan terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah. Oleh itu bahan-bahan dari ‘method book’ ini terdapat sedikit bertentangan dengan hasrat tersebut. Justeru, lagu-lagu gubahan untuk pancaragam di Malaysia memerlukan gubahan yang menggunakan lagu-lagu dari lagu rakyat tempatan.

Melalui dari hasil pemerhatian di dapati kekurangan dan kelemahan tersebut berpunca kelemahan pelajar menguasai kemahiran permainan alat muzik dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan penguasaan pemahaman dalam elemen-elemen muzikal ( The Band director’s Hand Book. A guide for college and secondary school music director’s in southeast asia. Bruce Gale

Irama
a) Pertukaran not-not pendek.
Kebanyakan pelajar yang kurang pengalaman sering memendekkan not semasa menukar kepada not-not lain. Contohnya nilai untuk not krocet atau minim tidak dimainkan dengan cukup. Keadaan ini disebabkan oleh teknik pernafasan yang tidak betul atau tidak memahami kepentingan meniup not mengikut nilainya yang betul atau tidak berhati-hati semasa bermain.
b) Kuaver bertitik - corak irama semikuaever.
Masalah yang sering berlaku ialah corak irama dalam meter 2/4 atau 4/4 bila terdapat corak irama kuaver bertitik ataupun semikuaver ujud dalam skor. Pelajar sering meniup dengan nilai dan irama not yang salah. Oleh itu keseragaman corak irama tidak berlaku dan menghasilkan melodi atau muzik yang tidak seragam dari aspek irama.
Terdapat juga masalah irama jika not kuaver dan semi kuaver yang ditulis dan dimainkan dalam tempo yang cepat. Kecenderungan pelajar ialah mereka sering bermain dengan cepat dan menghasilkan bunyi irama yang tidak tepat seperti yang ditulis.
c) Sinkopasi.
Bermain lagu yang mempunyai banyak sinkopasi adalah masalah utama pelajar untuk mendapatkan ketepatan irama seperti yang ditulis dalam skor. Satu kaedah yang digunakan untuk mendapat ketepatan irama sinkopasi ialah melatih pelajar menyebut dan menepuk irama pada keratan-keratan irama yang terdapat sinkopasi. Ianya membantu pelajar mencapai tahap ketepatan irama yang diperlukan seperti mana yang ditulis dalam skor.
d) Triplet.
Ramai pelajar yang menghadapi masalah not triplet bila mereka tidak menyangka irama ini terdapat dalam meter duaan seperti 2/4, 4/4, atau 2/2. Masalah not triplet yang rumit sering berlaku jika jeda antara not tersebut sukar dimainkan. Selalunya dua not pertama dimainkan lebih cepat dan memaksa mereka memanjangkan bunyi not ketiga lebih daripada yang ditulis
e) Tied Notes.
Ramai pelajar yang kurang pengalaman akan merasa ragu dengan irama yang mempunyai tied notes. Hasilnya not yang dimainkan selepas tied notes lambat dan irama tidak tepat. Masalah ini sering berlaku dalam keratan melodi yang tempo perlahan dimana kecenderungan pelajar menarik nafas semasa tied notes.
f) Skel
Kesalahan atau masalah yang sering berlaku semasa bermain lagu dalam berbagai skel. Pelajar sering melakukan kesalahan semasa bermain not-not yang ada slur dan cenderung untuk bermain cepat atau lambat jika terdapat not-not yang sukar penjariannya. Selain daripada itu pelajar juga menghadapi masalah kordinasi di antara penjarian dan penglidahan. Jika kordinasi tidak lancar maka irama yang dihasilkan juga tidak lancar dan tidak tepat. ( Richard J. Colwell & Thomas Goolsby,1998 )
g) Pemberatan nilai not atau ton.
Menghasilkan ton yang tidak sama pemberatan bunyi walaupun irama atau pemberatannya ditulis sama, akan tetapi pelajar bermain irama yang tidak sama seperti yang ditulis. Kadang kala irama yang ditulis sama pemberatan bunyinya tetapi pelajar membuat kesalahan dengan membunyikan satu not lebih panjang daripada not yang lain sedangkan irama yang betul perlu dimainkan semestinya sama rata bunyi dan nilainya.
Teknik Instrumental
Tiga sebab utama masalah teknik tiupan yang memberi kesan terhadap ton dan irama ialah;.
a. Pembentukan mulut (embouchure) yang tidak betul.
b. Teknik penjarian yang salah.
c. Kekurangan masa latihan diberikan untuk mencapai keseragaman stail.

Artikulasi
Masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakan ensembel instrumental ialah teknik atau penghasilan artikulasi yang betul. Artikulasi memberi kesan kepada kualiti ton, kelancaran irama, keseimbangan, kesepaduan bunyi, intonasi dan berbagai aspek berkaitan dengan kemurnian dan keharmonian muzik yang dipersembahkan.

Dinamik
Ketepatan dinamik adalah sesuatu yang subjektif dalampersembahan ensembel muzik. Aras dinamik tidak boleh dikurangkan pada sesuatu ukuran desibel ( kekuatan bunyi ) kerana ianya berkaitan dengan kebolehan menginterpretasi skor, kemahuan jurulatih dan mood sesuatu lagu. Selalunya masalah yang timbul kerana pemain tidak dapat merasai kekuatan sebenarnya sesuatu dinamik seperti piano (p) atau forte (f) . Semuanya ditentukan oleh berbagai aspek seperti peralatan yang digunakan, register, style, pencipta, zaman, kawalan bunyi daripada pemain, kehendak konduktor dan citarasa seseorang. Kegagalan pemain mengamati tanda dinamik yang ditulis akan memberi kesan pada bunyi atau kemerduan sesuatu lagu dan sudah pasti kekurangan warna atau kecantikan kepada lagu yang dipersembahkan
.
Masalah ekspresi sering berlaku kepada pelajar yang kurang pengalaman muzik dan kurang diberi pendedahan oleh jurulatih mengenai kehendak atau karektor muzik yang ingin dihasilkan. Mereka gagal menterjemahkan karektor-karektor yang ditulis dalam skor kepada bunyi yang bermakna seperti mood lagu, kualiti ton, ketepatan irama, keseimbangan, intonasi, dinamik, frasa lagu dan berbagai aspek estetika yang terkandung didalam lagu tersebut. ( Middleton, James, et. all,1998 )

Ton
Kualiti ton yang dihasilkan oleh sesebuah ensembel memberi kesan pada bunyi lagu yang dimainkan. Terdapat pelajar-pelajar yang tidak dapat menghasilkan ton yang berkualiti seperti bermain terlalu kuat dalam ensembel atau sering bermain diluar piawaian pic atau sumbang, ton yang kasar dan keras. Masalah ton adalah perkara yang sering berlaku dalam kebanyakan ensembel instrumental yang kurang mahir. Kualiti ton yang baik dihasilkan dengan kombinasi seluruh pemain secara kolektif.

Kualiti ton ditentukan oleh;
i. Kualiti dan keadaan fizikal setiap alat muzik.
ii. Konsep ton yang terdapat dalam pemikiran dan persepsi pelajar.
iii. Pembentukkan embouchure.
iv. Kawalan pernafasan.

Harmoni (Tuning)
Kebanyakan pelajar kurang memahami harmoni dan peranan atau karektor bagi setiap alat untuk menghasilkan pic yang tepat, keseimbangan dan harmoni yang bermutu. Terdapat juga pelajar yang tidak memahami keseimbangan di antara melodi, kaunter melodi dan pergerakan kord dalam lagu. Masalah ini dapat diatasi dengan berbagai kaedah dan latihan yang perlu diberi kepada pelajar agar mereka dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan memahami pergerakan harmonik yang terdapat dalam lagu. Asas yang palin penting ialah dapat meniun alat muzik dengan tepat sesbelum memulakan latihan secara ensembel.

Secara khususnya objektif projek ini adalah seperti berikut.

i) menyediakan satu buku yang mengandungi skor-skor lagu untuk digunakan dalam latihan pasukan pancaragam atau wind orkestra sekolah.
ii) Buku ini merupakan sebagai bahan tambahan kepada buku-buku method band yang sedia ada.
iii) Skor-skor lagu yang terdapat dalam buku ini boleh digunakan sebagai bahan altenatif menggantikan skor lagu yang terdapat dalam band method book.
iv) Skor-skor lagu yang digubah adalah terdiri dari lagu-lagu rakyat tempatan.

Terdapat banyak sumber yang berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik instrumental boleh didapati di pasaran seperti ‘Band Method Book’ yang dikeluarkan oleh beberapa tokoh-tokoh muzik atau ‘instructor band’ terkenal, namun demikian apa yang cuba ditekankan di sini ialah tentang kaedah-kaedah pembelajaran dan pengajaran tambahan yang boleh diguna pakai bagi menambahkan lagi keberkesanan di dalam proses mengendalikan latihan pasukan pancaragam atau wind orkestra. Ini di antaranya difikirkan ia boleh memberi keberkesanan iaitu dengan menghasilkan satu set gubahan lagu-lagu rakyat tempatan.

Penghasilan buku ini diharapkan dapat membantu guru-guru pancaragam untuk diguna pakai dalam latihan-latihan muzik pancaragam yang dikendalikannya. Justeru ia dapat memupuk pelajar dalam mencintai warisan budaya bangsanya. Selain dari itu, pelajar akan lebih mudah menghayati elemen-elemen muzik yang serasi dengan jiwanya dan dengan secara tidak langsung akan dapat memberi keberkesanan dalam proses pembelajaran dan memupuk keyakinan diri terhadap apa yang sedang dipelajari oleh mereka.

Pembinaan projek gubahan ini adalah sebahagian besarnya berpandukan kepada buku panduan latihan pancaragam ‘Standard Of Excellence’ oleh Bruce Person. Tahap kemahiran yang digunakan ialah di aras kedua (level 2) di mana segala penggunaan kemahiran yang terdapat pada elemen-elemen muzik dalam gubahan ini adalah berpandukan kepada aras kemahiran yang terdapat dalam buku tersebut. Gubahan-gubahan yang terkandung dalam projek ini terbatas kepada elelem-elemen muzik yang terkandung dalam rajah di bawah;

1 comment:

  1. Idea anda memang bagus, sila teruskan menulis.
    Saya sedang buat kajian (Master) mengenai penglibatan aktif dalam pancaragam dan kesannya terhadap pencapaian akademik. Kalau ada apa-apa bahan harap boleh share.

    adnanrashi67@yahoo.com

    ReplyDelete

SMSAH - FINALE ORCHESTRA 2009 (DANSE DIABOLIQUE

SMSAH Alvamar Overture 2004

.:Downloads Available:.

Umum
Panduan Penubuhan Orkestra Band(PaperWork)
Buku Panduan Orkestra (sreenshot)
Sibelius Softwares
Sound Forge -Audio Editing Pro
Audio To Midi Converter
Orhestral Instruments & Prices list
Skor Lagu tradisional /Rakyat
Jong-Jong Inai (part 1)
Lenggang Mak Limah
Anok Udang

Puteri Santubong
Skor Lagu-lagu P. Ramlee
Getaran Jiwa
Rindu Lukisan
Anak Ku Sazali ·
Azizah ·

Bahasa Cinta ·
Barang Yang Lepas ·
Berkorban Apa Saja ·
Bulan Dipagar Bintang
Skor Lagu Inggeris
Diabolique

SBP Wind Orchestra SMSAH Danse Diabolique may 2008

SMSAH Band

.:Disclaimer:.

Reminder:
Please be aware that Satu Gubahan Lagu accepts no responsibility for the materials you are downloading. The same applies to the information provided about in the lists, as the infos owners can modify it without notifying us. Even if we try to check the files for viruses ourselves, we cannot guarantee 100% that they are clean. For your own protection ALWAYS check downloaded files for viruses.

Perhatian:
Blog ini tidak akan dipertanggungjawabkan liabiliti keatas mana-mana material dan informasi yang dipaparkan dan skor-skor adalah hak milik pemilik blog. pastikan sebelum memuatturun material ini, anda SENTIASA semak perlindungan komputer anda dari virus.