Tuesday, October 20, 2009

Faktor kelemahan dalam Orkestra


Ihsan dari:www.luciebooker.com

Beberapa pecahan-pecahan eleman muzik yang menjadi faktor  yang menyumbang kepada masalah penghasilan sesebuah persembahan bermutu yang sering dihadapi di dalam pasukan pancaragam.  (James Middleton, Harry Haines, Gary Garner, 1998)

1.2.2    Irama

a)    Pertukaran not-not pendek.
Kebanyakan pelajar yang kurang pengalaman sering memendekkan not semasa menukar kepada not-not lain. Contohnya nilai untuk not krocet atau minim tidak dimainkan dengan cukup. Keadaan ini disebabkan oleh teknik pernafasan yang tidak betul atau tidak memahami kepentingan meniup not mengikut nilainya yang betul atau tidak berhati-hati semasa bermain.

b)    Kuaver bertitik -  corak irama semikuaever.
Masalah yang sering berlaku ialah corak irama dalam meter 2/4 atau 4/4 bila terdapat corak irama kuaver bertitik ataupun semikuaver ujud dalam skor. Pelajar sering meniup dengan nilai dan irama not yang salah. Oleh itu keseragaman corak irama tidak berlaku dan menghasilkan melodi atau muzik yang tidak seragam dari aspek irama.
Terdapat juga masalah irama jika not kuaver dan semi kuaver yang ditulis dan dimainkan dalam tempo yang cepat. Kecenderungan pelajar ialah mereka sering bermain dengan cepat dan menghasilkan bunyi irama yang tidak tepat seperti yang ditulis. 

c)    Sinkopasi.
Bermain lagu yang mempunyai banyak sinkopasi adalah masalah utama pelajar untuk mendapatkan ketepatan irama seperti yang ditulis dalam skor. Satu kaedah yang digunakan untuk mendapat ketepatan irama sinkopasi ialah melatih pelajar menyebut dan menepuk irama pada keratan-keratan irama yang terdapat sinkopasi. Ianya membantu pelajar mencapai tahap ketepatan irama yang diperlukan seperti mana yang ditulis dalam skor.

d)    Triplet.
Ramai pelajar yang menghadapi masalah not triplet bila mereka tidak menyangka irama ini terdapat dalam meter duaan seperti 2/4, 4/4, atau 2/2. Masalah not triplet yang rumit sering berlaku jika jeda antara not tersebut sukar dimainkan. Selalunya dua not pertama dimainkan lebih cepat dan memaksa mereka memanjangkan bunyi not ketiga lebih daripada yang ditulis

e)    Tied Notes.
Ramai pelajar yang kurang pengalaman akan merasa ragu dengan irama yang mempunyai tied notes. Hasilnya not yang dimainkan selepas tied notes lambat dan irama tidak tepat. Masalah ini sering berlaku dalam keratan melodi yang tempo perlahan dimana kecenderungan pelajar  menarik nafas semasa tied notes.

f)    Skel
Kesalahan atau masalah yang sering berlaku semasa bermain lagu dalam berbagai skel. Pelajar sering melakukan kesalahan semasa bermain not-not yang ada slur dan cenderung untuk bermain cepat atau lambat jika terdapat not-not yang sukar penjariannya. Selain daripada itu pelajar juga menghadapi  masalah kordinasi di antara penjarian dan penglidahan. Jika kordinasi tidak lancar maka irama yang dihasilkan juga tidak lancar dan tidak tepat. ( Richard J. Colwell & Thomas Goolsby,1998 )

g)    Pemberatan nilai not atau ton.
Menghasilkan  ton yang tidak sama pemberatan bunyi walaupun irama atau pemberatannya ditulis sama, akan tetapi pelajar bermain irama yang tidak sama seperti yang ditulis. Kadang kala irama yang ditulis sama pemberatan bunyinya tetapi pelajar membuat kesalahan dengan membunyikan satu not lebih panjang daripada not yang lain sedangkan irama yang betul perlu dimainkan semestinya sama rata bunyi dan nilainya.
  
1.2.2    Teknik Instrumental
Tiga sebab utama masalah teknik tiupan yang memberi kesan terhadap ton dan irama ialah;.
a.     Pembentukan mulut (embouchure) yang tidak betul.
b.     Teknik penjarian yang salah.
c.     Kekurangan masa latihan diberikan untuk mencapai keseragaman stail.


0 comments:

Post a Comment

SMSAH - FINALE ORCHESTRA 2009 (DANSE DIABOLIQUE

SMSAH Alvamar Overture 2004

.:Downloads Available:.

Umum
Panduan Penubuhan Orkestra Band(PaperWork)
Buku Panduan Orkestra (sreenshot)
Sibelius Softwares
Sound Forge -Audio Editing Pro
Audio To Midi Converter
Orhestral Instruments & Prices list
Skor Lagu tradisional /Rakyat
Jong-Jong Inai (part 1)
Lenggang Mak Limah
Anok Udang

Puteri Santubong
Skor Lagu-lagu P. Ramlee
Getaran Jiwa
Rindu Lukisan
Anak Ku Sazali ·
Azizah ·

Bahasa Cinta ·
Barang Yang Lepas ·
Berkorban Apa Saja ·
Bulan Dipagar Bintang
Skor Lagu Inggeris
Diabolique

SBP Wind Orchestra SMSAH Danse Diabolique may 2008

SMSAH Band

.:Disclaimer:.

Reminder:
Please be aware that Satu Gubahan Lagu accepts no responsibility for the materials you are downloading. The same applies to the information provided about in the lists, as the infos owners can modify it without notifying us. Even if we try to check the files for viruses ourselves, we cannot guarantee 100% that they are clean. For your own protection ALWAYS check downloaded files for viruses.

Perhatian:
Blog ini tidak akan dipertanggungjawabkan liabiliti keatas mana-mana material dan informasi yang dipaparkan dan skor-skor adalah hak milik pemilik blog. pastikan sebelum memuatturun material ini, anda SENTIASA semak perlindungan komputer anda dari virus.